Pernah terfikir kenapa kita ada satu mulut je ?
Dan kenapa nak menggunakan mulut yang satu untuk tujuan yang tak baik.
Betul ?
Allah ada tujuan tersendiri menciptakan sesuatu tu macam tu .
Dan mulut yang satu , jomlah kita gunakan untuk kebaikan . Allah bagi pinjam untuk sementara je tu.
Jangan salah gunakan.
Analogi.
Seseorang pinjam buku kita . Then dia pulangkan dalam keadaan kulit tercabut. Kita rasa apa ?
Cuba kalau buku tu buku kesayangan kita ?
Mungkin boleh beli buku baru. Betul ?
Sama juga konsepnya. Allah bagi pinjam mulut tu untuk tujuan kebaikan. If and only if kita tak dapat bercakap macam mana ?
We will never miss the water until the well runs dry. Kita tak boleh nak beli mulut baru. Takde jual dekat mana-mana pun.
Dan jika tak rasa bercakap itu perlu , diam sahaja.
Eh, kalau tak suka sesuatu , no need to insult . Cuba tegur dan cakap. Walaupun nanti akan menyakitkan hati sendiri , tapi lebih baik we cry for the reality bites than smiling for the happening lie.
Oh , bahasa bahasa.
I just love the way Hilal Asyraf act towards someone-you-know who yang mengeluarkan kenyataan yang sudah terang lagi bersuluh salah. Dia tak kritik lebih-lebih , dia tak cakap belakang yang tak akan membantu sama sekali nak change that person to better. Dia menulis dan dia harap surat yang dia tulis sampai pada orangnya. Dan the way he act sangat berhemah.
Kita still Muslims. We act as Muslims. Kalau nak tegur seseorang , well mannered . Our Prophet , Muhammad (PBUH) pun dah tunjukkan contoh yang baik kan . Tak perlu nak kritik atau apa-apa pun kalau benda tu tak akan bagi effect dekat orang tu.
Meh try cakap depan , dok terketaq tak ?
So , Muslims. Let's act like a real Muslims.
Untuk berbuat salah tu , takpe . Tapi kita , manusia , pendosa lagi tu kena sedaya upaya bangun dan bangun memperbaiki diri. Allah bagi kita 2 Mac ni dan masih boleh lagi membaca blog ni dan masih boleh menaip lagi.
Saya mengingatkan diri sendiri dan orang lain.
Mempunyai kisah silam yang membuatkan orang terluka memang menyakitkan. Ya, saya ada dan sedang ada.Sedang berusaha memohon maaf , moga dipermudahkan.
Selagi ada hari ini , berubahlah.
Kita diperi peluang sekarang.
Islah Nafsaka Wadh'u Ghairaka.
Perbaiki diri sendiri dan ajak orang lain.
Maafkan saya andai pernah tersilap kata, tersalah bicara. Saya juga manusia , si pendosa. Moga Allah permudah jalan untuk perbaiki diri. Dan kepada sahabat , maafkan diri ini. Seandainya diberi peluang untuk dimaafi , akan cuba memperbaiki diri. Semoga dirimu bahagia , sahabat.
Saya tau saya khilaf.
Boleh google lirik lagu ni.
Itu Ini Begitu Begini-Mirwana feat Altimet. Have a read on its lyrics.
Oh terlupa.
Jaga juga di laman sosial . Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan. Comment yang kita post . Segala-galanya. Jika tak nak jaga hati manusia , ingatlah Rabb di atas sana. Orang membaca dan orang menilai. Allah juga tau dan Allah juga menilai.Malah lebih tahu.
Hanya sekadar berkongsi.
Allah itu dekat.
Mari bergerak , insyaAllah .
:)
0 pencari kebahagiaan:
Post a Comment